+6 011 5504 8855 gorocketholidays@gmail.com

Syarikat Pengangkutan Terbesar di Kelantan

Beroperasi lebih dari 5 tahun dalam bidang pengngkutan dan mempunya dua pejabat di Kota Bharu dan Machang Kelantan.

Pilihan Kenderan

Kami di Syarikat Van/Bas Sewa Kelantan tahu pelanggan memerlukan kenderaan yang sesuai untuk kegunaan dan keperluan. Oleh itu, kami menyediakan pelbagai pilhan kenderaan dari van dan bas untuk kegunaan anda.

Lihat Senarai Kenderaan Kami

Syarikat kami mempunya pelbagai jenis Van/bas untuk disewakan pada yang memerlukan pengangkutan di Kelantan. Kami juga menyediakan khidmat penghantaran di airport Kota Bharu  dan juga menghantar kenderaan di sekitar hotel di KB Kelantan.

Bas 

Bas 44 penumpang sesuai untuk perjalanan jarak jauh dan boleh memuatkan 44 orang untuk perjalanan kumpulan. Perjalanan yang selamat adalah sangat penting untuk memastikan pengangkutan yang selesa dengan pemandu yang sangat profesional. Kereta yang disewa pasti selamat jalan kerana diservis baik dan tepat pada masanya.

Van

Kami mempunyai van pelbagai saiz, dari 6 penumpang sehingga 18 seater penumpang. Pasti ada van yang sesuai untuk sewaan anda. Sama-ada anda perlu sewa van untuk kegunaan peribadi ataupun syarikat, kami boleh membantu. Van boleh disewa secara harian, minggu, bulan atau pakej kontrak jangka masa panjang. Model van termasuk Toyota Hiace, Nissan Urvan dan Hyundai Starex. 

Minibus

Saiz bas mini sesuai untuk perjalanan dengan kapasiti maksimum 25 penumpang. Pemandu dan kenderaan kami boleh didapati 24 jam sehari, 7 hari seminggu, sepanjang tahun.

Chauffeur / VIp / Sewa dengan Pemandu

Perkhidmatan Chauffeur kereta sewa sekali pemandu dengan harga berpatutan. Semua pemandu kami dilatih untuk menjadi pemandu yang cekap dan penjaga yang sangat baik

Semua kenderaan dan perkhidmatan yang kami tawarkan adalah yang terbaik dan berbaloi dengan harga yang berpatutan sesuai dengan keperluan pelanggan kami.

Pelbagai jenis kenderaan dari Van, Mini Bas, Coach dan juga Bas yang kami tawarkan dan semuanya adalah kenderaan baru yang akan dipastikan selanmat dan selesa.

Dari pemandu hinggalah staff operasi yang menjaga penyelenggaran kami adalah berpengalaman dan berkemahiran serta memberikan khidmat cemerlang.

Tempah Sekarang

Sekiranya berminat dengan perkhidmatan yang kami tawarkan, boleh hubungi kami melalui email di gorocketholidays@gmail.com atau Talifon/Sms/Whatsapp 01155048855 (En Adnan).

+6 111 5504 8855

FAQ – Soalan Lazim

Macam mana harga sewaan di kira?

Harga sewaan mengikut musim sama ada cuti umum, hari biasa atau hari minggu. Harga juga berdasarkan waktu selepas tengah malam.

Adakah Pihak Syarikat Menyediakan Pemandu Pelancong?

Untuk Semua Kenderaan kami tidak disediakan pemandu pelancong, tetapi pihak kami boleh menyediakan Pemandu Pelancong diatas permintaan pelanggan tetapi akan dikenakan bayaran tambahan.

Bila tempahan diperlukan?

Tempahan diperlukan sekurang-kurangnya 14 hari bekerja. Surat kebenaran perlepasan pemandu pelanconong perlu dimohon 7 hari dari pihak berkuasa..

Adakah Boleh Kenderaan dibawa Ke Luar Negara?

Ya, Boleh untuk Negara jiran Malaysia seperti Thailand dan Singapura sahaja dan semua kenderaan yang disewakan bersama Pemandu. 

Mengapakah perlu bayar untuk permit pengecualian pemandu pelancong?

Seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Pelancongan Malaysia, semua lawatan oleh pelancong dikehendaki untuk menyewa pemandu pelancong berlesen. Walau bagaimanapun, permit pengecualian panduan pelancongan boleh dimohon, tertakluk kepada kelulusan dari Kementerian Pelancongan Malaysia.

Jika jadual saya lewat, apa yang patut saya lakukan ?

Kamu patut menelefon telefon bimbit 24 jam secepat mungkin untuk memaklumkan jadual baru tibaan anda. Caj tambahan mungkin diperlukan untuk waktu penungguan.

Berapa bayaran deposit ?

Bayaran 50% dari kadar sewaan diperlukan untuk mengesahkan tempahan. Bayaran penuh diperlukan sebelum jadual sewaan.

Adakah bayaran termasuk SST?

Ya, bayaran termasuk SST jika ada.

Bagaimana untuk buat pembatalan?

Sila emel gorocketholidays@gmail.com dan memaklumkan staff kami di 01155048855 untuk membuat pembatalan.

Adakah bayaran dipulang balik jikalau batal tempahan?

Caj servis 10% jika pembatalan dibuat 14 hari sebelum jadual tempahan. Tiada bayaran balik jika tempahan dibatalkan dalam masa 14 hari atau selepas jadual tempahan.

Dapatkan Sebutharga PERCUMA atau Sebarang Pertanyaan